-Nilai Time-
Dear F4's,
you can actually Online sambil Belajar.
have you finish memorizing your moral 23nilai-s ?
If you haven done any, now it's the time !
you can actually click my blog, GO HAFAL NILAI KAMU !
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Keyankinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
3. Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
4. Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
5. Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbukti pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
6. Toleransi
Kesanggupan diri bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
7. Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
8. Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
9. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
10. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
11. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
12. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
13. Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
14. Hormat Dan Taat kepada anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
15. Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.
16. Tanggungjawab Terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
17. Menyayangi Dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
18. Keharmonian Antara Manusia Dengan Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
19. Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
20. Peka Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.
21. Cinta Akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
22. Taat Setia Kepada Raja Dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
23. Sanggup Berkorban Untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian mereka yang sempurna.
No harm :D
Enjoy !
No comments:
Post a Comment